My Blog List

Tuesday, 20 December 2011

PROMOSI JUALAN AWAL TAHUN

* PRODUK INI AKAN DI JUAL BERMULA 1st JANUARI 2012



KOLEKSI ALA-ALA ARIANI
HARGA RM 35.00
SIZE M DAN L SAHAJA
* JENIS WARNA AKAN DI UPLOAD KEMUDIAN..




KOLEKSI ALA ARIANI CORAK EKSKLUSIF
HARGA RM 35.00
SIZE M DAN L SAHAJA
* BERMACAM JENIS CORAK




KOLEKSI AMEERA TRISHAPE
HARGA RM 39.00
SIZE M DAN L SAHAJA



*P/S : PRODUK INI HANYA AKAN DIJUAL BERMULA 1 JANUARI 2012....SEBARANG TEMPAHAN SEBELUM TARIKH TIDAK AKAN DITERIMA...HARAP MAKLUM

HARGA RUNTUH

JUALAN PENGHABISAN STOK AKHIR TAHUN



KOLEKSI BARU 3 TONE TIARA KRISTAL
HARGA ASAL RM 28.00
HARGA RUNTUH RM 21.00
SIZE M DAN L SAHAJA
WARNA : BIRU TURQOISE, PEACH OREN,PURPLE PINK, BIRU NILA, COKLAT, MERAH BATA DAN PURPLE KELADI


COMBO BARU SYIRIA T-SHIRT ROPOL
HARGA ASAL RM 25.00
HARGA RUNTUH RM 18.00
SIZE M DAN L SAHAJA



KOLEKSI BARU COTTON RUFFLES BY N'7
HARGA ASAL RM 28.00
HARGA RUNTUH RM 21.00
SIZE M DAN L SAHAJA



KOLEKSI KEMBALI NATASHA DUAL TONE DAUN
HARGA ASAL RM 26.00
HARGA RUNTUH RM 23.00
SIZE M DAN L SAHAJA




Tuesday, 13 December 2011

Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

Kebanyakan wanita yang bertudung sering mengabaikan penjagaan dan kecantikan rambut mereka.Walaupun bukan semua, namun rata-ratanya begitu. Seharusnya anda yang bertudung perlulah menjaga kecantikan dan kesihatan rambut anda sama seperti mereka yang tidak memakainya. Mungkin mereka merasakan untuk apalah berambut hebat kalau ia akan ditutup dengan tudung sepanjang hari.

Heliza Helmi yg Kiut..(◕‿◕✿)
Harap-harap janganlah anda berperasaan begini. Tidak mahukah anda tampil hebat di mata suami dan ahli keluarga anda?Tudung atau tidak bukan ukurannya. Yang penting sebagai wanita, anda tidak boleh menafikan istilah yang rambut itu adalah mahkota wanita. Sayangilah ia sama seperti anda menjaga kulit wajah dan penampilan diri yang lain.
Tidak dinafikan , wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya.


Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap pula mencuci rambut pada waktu pagi. Rambut tidak akan kering sempurna dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu. Jika anda membiarkan rambut kering sebanyak 50 peratus dan kemudian terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, anda hanya mengundang petaka kepada rambut anda sendiri.
Beberapa masalah yang sering di alami oleh orang yang bertudung adalah
1) Berkelimumur
2) Rambut berbau
3) Kulit kepala berminyak
4) Rambut gugur
5) Hujung rambut berbuah
Saya boleh katakan majoriti akan mengalami lebih dari satu masalah yang saya sebutkan di atas.
Apa yang perlu anda lakukan?
1)Tidak Perlu Mencuci
Kalau anda kebiasaan mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Sebagai wanita bertudung , tidak sesuai anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda jika anda suka mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Tidak kira bagaimanapun kadar kepanjangan rambut anda, ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak akan kering dengan sempurna secara menyeluruh.
Cadangan : Cucilah rambut sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Sebaiknya cucilah pada waktu petang.sebaik sahaja anda pulang dari kerja.Selebihnya cucilah pada hujung minggu. Keringkan rambut secara semulajadi.Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.
hehehe..=)

2) Pilih kain Tudung Berfabrik Lembut
Kalau anda berkerja dari jam 9 hingga 5, bayangkan berapa lama anda harus menutup rambut anda dengan tudung. Oleh itu, jangan lupa memilih fabrik lembut untuk pemilihan tudung anda. Kini, fabrik bawal adalah pilihan paling popular. Elakkan memilih fabrik kapas. Kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk keadaan kulit kepala dan rambut anda.
tul
Cadangan: Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.
3) Sentiasa Merawat Rambut
Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat. Tidak hairanlah ramai wanita merungut rambut mereka yang lebat satu ketika dulu makin menipis hari demi hari. Ini semua kerana tindakan mereka yang tidak mahu menjaga kualiti rambut.
4) Atasi Masalah Rambut Jika Ada
Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak punyai kos yang cukup untuk mendapatkan rawatan di salun terkemuka, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai dengan anda, Perlu diingat, masalah pada rambut kadangkala bukan disebabkan oleh cara anda menjaga dan mengendalikanya sahaja, Bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika anda tidak mencari penyelesaianya.
Cadangan: Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan info yang betul tentang cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan hanya mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab mengapa rambut mudah rosak.
5) Berehat Dahulu Sebelum Membersihkan Diri
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan pula membiarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
Cadangan: Waktu ini, sebaiknya anda berehat sepenuhnya . Jangan lakukan kerja kerana anda akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan bukalah penghawa dingin di bilik anda. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan “rehat” dengan sempurna.

Tips lain:
1)   Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Jangan gosok rambut anda dengan kasar.
2)   Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.
3)   Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.
4)   Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.
5)   Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.
6)   Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

7)   Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tetapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus. Ini kerana, jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.
8)   Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam. Jika anda tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah rosak.
9)  Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat.



Wednesday, 7 December 2011

LAGI PRODUK BARU DISEMBER....2011




KOLEKSI NATASHA DUAL TONE DAUN BARU DARIPADA LYCRA KOREA
TERHAD KEPADA 10 WARNA SAHAJA
HARGA BULAN LEPAS RM 36.00
HARGA KINI RM 26.00
HANYA SIZE M DAN L SAHAJA





KOLEKSI T-SHIRT ROSE D'FARISHA
HARGA LAMA RM 30.00
HARGA KINI RM 26.00
SIZE M DAN L SAHAJA

Tuesday, 6 December 2011

KOLEKSI TERBARU DISEMBER 2011





KOLEKSI DUAL TONE BATIK SERAI WANGI RUFFLES
RM45.00 HARGA BULAN LEPAS...
HARGA KINI RM 30.00...
MEMPUNYAI SIZE M DAN L SAHAJA






KOLEKSI SHAZNAZ DUAL TONE RUFFLES
RM 45.00 DIKURANGKAN PADA
RM 37.00 SAHAJA
SIZE M DAN L